July 02, 2011

Antara BERSIH, KERAJAAN MALAYSIA & ISLAM

Post hari ni dlm Bm sbb nie pon share je : ape yg betul? anda fikirlah sendiri.. sbb kita ada akal untuk berfikir secara rasional tanpa terpengaruh dengan mne sentimen politik @ mana2 pihak.
Berfikir sebelum bertindak....


credit 2 : syahirul.com


BERSIH hanya satu perhimpunan yang ingin dilakukan secara aman dan ia menuntut beberapa perkara berikut:
  • Bersihkan senarai undi
  • Mereformasikan undi pos
  • Gunakan dakwat kekal
  • Akses media bebas & adil
  • Hentikan rasuah
  • Hentikan politik kotor.
Ia akan jadi kotor jika pihak polis tak mahu bagi kerjasama dalam menjaga perhimpunan aman tersebut. Ia juga jadi kotor jika ada manusia2 yang mensabotaj perhimpunan aman itu dengan merosakkan harta awam, membuat kekecohan dan lain2 perkara yang bertentangan dengan konsep perhimpunan secara aman. Ia juga jadi kotor apabila kerajaan tidak memberikan kebebasan bersuara kepada rakyat dengan menyekat perhimpunan aman, dan menggunakan pihak polis untuk melancarkan 'perang' terhadap perhimpunan ini. Ia akan jadi perhimpunan tidak aman dan rusuhan yang mengganggu ketenteraman awam jika pihak kerajaan dan polis tak mahu bagi kerjasama dalam mencapai matlamat yang ditujukan BERSIH.

Dr.MAZA (www.drmaza.com) sendiri pernah menyertai perhimpunan secara aman di luar negara dan pihak kerajaan dan polis memberikan kerjasama yang baik walau rakyat di sana menentang kerajaan atas isu yang tertentu. Perhimpunan tersebut berjalan dengan baik sahaja kerana suara rakyat diberi keutamaan. Gambar dari Dr.MAZA:


Bukankah PM kata "Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan"? Jadi jika suara rakyat seperti ini tidak diberikan perhatian, apakah masih lagi menepati konsep yang digembar gemburkan di kaca TV? Jika kerajaan membenarkan kebebasan rakyat bersuara di TV, iaitu bukan hanya berita orang2 pro-kerajaan sahaja yang disiarkan, malah golongan pembangkang diberi kesempatan menggunakan media tv sama seperti mereka, rasanya perhimpunan BERSIH ini tak perlu diadakan pun tak apa.

Sebagai umat Islam pula kita wajib menyokong mereka yang ingin menjalankan hukum dan undang2 Allah dalam negara. Bumi ini hak milik Allah dan apakah kita berani berkata bahawa hukum Islam itu tak layak diaplikasikan dalam negara tempat bumi berpijak? Bukankah dengan menolak menjalankan hukum Islam dalam negara bermakna kita menolak menjalankan hukum Allah di bumi Allah? Apakah kita tak malu diberi nafas dan kehidupan serta nikmat dalam dunia oleh pencipta kita tetapi kita tidak menyokong orang yang mahu menjalankan hukum Allah di atas muka bumi? Mengapa kita perlu meyokong orang yang menggunakan hukum manusia (British) sebagai perundangan yang adil? Mengapa kita tak mahu bangkit menegakkan hukum Allah?

Ya benar kita tak boleh menjatuhkan atau menentang pemimpin Islam walau dia berbuat maksiat atau berlaku zalim. Tapi kategori maksiat dan zalim yang bagaimana? Kategori maksiat dan zalim itu ialah apabila pemimpin tersebut berbuat maksiat peribadi dan kezaliman peribadi sahaja. Namun jika ia berkaitan dengan orang lain (rakyat) iaitu sehingga menyebabkan rakyat ditimpa musibah atau mudarat, maka tidak disuruh syarak untuk bersabar dalam kes sebegini, maka dibolehkan menentang pemimpin sebegini. Jika tidak di manakah keadilan dalam Islam bukan?

Contoh mudah ialah jika pemimpin tersebut meminum arak (melanggar hukum syarak), maka rakyat hendaklah bersabar dengan maksiat yang dilakukannya dan menasihatinya. Namun jika pemimpin tersebut membenarkan kilang2 arak, maka rakyat tak perlu bersabar atas maksiat yang dilakukannya. Sama juga seperti pub, disko, konsert2 maksiat, dan lain2 perkara yang tak dapat dikawal kini.

Mari dengar penjelasan bagi dua hadith di bawah:

1. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu cintai (suka), mereka juga mencintai kamu. Kamu semua mendoakan mereka untuk kebaikan begitu juga mereka mendoakan untuk kebaikan kamu. Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di kalangan kamu ialah orang-orang yang kamu benci mereka, dan mereka pun benci kepada kamu. Kamu melaknat mereka dan mereka juga melaknat kamu. Auf bin Malik bertanya kepada Rasulullah, “Apakah kita tidak boleh menentang mereka? Sabda baginda,”Jangan menentang mereka selama mereka masih mendirikan sembahyang di kalangan kamu.” (H.R. Muslim)
Penjelasan hadith (sila tonton): http://www.facebook.com/video/video.php?v=1996889930434

2. Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa tidak menyukai sesuatu dari pemimpinnya hendaklah dia bersabar atasnya, sebab tidaklah seseorang keluar (menentang) pemimpin sejengkal saja lantas dia mati dalam keadaan demikian melainkan dia mati dengan kematian jahiliyah. (H.R. Muslim)
Penjelasan hadith (sila tonton): http://www.facebook.com/video/video.php?v=2232759987038

Hukum Islam yang patut kita contohi (sila tonton): http://www.facebook.com/video/video.php?v=2025388562882

Penjelasan hukum Islam (hudud) (sila tonton): http://www.facebook.com/video/video.php?v=2045367982355

Ada juga mulut yang memperkatakan kenapa Kelantan yang telah dikuasai pembangkang (PAS) masih tak menjalankan hukum Islam (hudud) walhal mereka selalu mencanangkannya. Ini jawapannya:

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan keputusan kerajaan negeri tidak melaksakan hukum hudud kerana kebimbangan bahawa Kerajaan Persekutuan akan campur tangan dengan mengisytiharkan darurat untuk merampas pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, beliau tidak mahu perlembagaan negeri itu digantung sekali lagi seperti yang pernah dilakukan oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) suatu ketika dahulu.

"Tun Dr Mahathir (ketika itu perdana menteri) datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan. Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran. Jadi kalau (kita) tak boleh buat semua, jangan kita tinggal semua," katanya sambil membaca kaedah fiqhiyyah bagi menyokong hujahnya.

Jadi apakah kita sebagai umat Islam masih lagi mahu 'menghalalkan' maksiat yang secara terang-terangan dihalalkan oleh kerajaan? Oleh itu kita sebagai hamba Allah yang mengakui beriman kepada Allah wajib menentang pemimpin sebegini kerana dia bukan sahaja berbuat maksiat atas dirinya, malah turut akan membawa bala kepada rakyat dengan ditimpa musibah dan mudarat. Dalam Al-Quran Allah ada berfirman:

Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka). [7:165]

Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. [17:16]

Ingatlah bahawa dunia ini hanya tempat persinggahan sementara yang telah ditentukan Allah dan akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi. Apakah kita mampu menjawab jika suatu ketika nanti Allah tanya, apa yang kita buat untuk Islam? Mengapa kita menyokong pemimpin yang menzalimi diri mereka dan rakyat? Mengapa tak mahu berusaha menjalankan hukum Allah dan mengapa tak mahu patuh atas segala yang dilandaskan Islam? Apa jawapan kita ya? Inilah masa untuk berubah, masa untuk kita berjuang untuk Islam dan menjalankan kehidupan mengikut syariat Islam.

No comments:

Post a Comment