Hampir  semua orang pernah melakukan kesilapan berhubung isu wang. Ketahuilah  beberapa kesilapan yang biasa dilakukan oleh kebanyakan ibu bapa ketika  mendidik anak tentang kewangan dan cara membetulkannya. Berikut adalah  antara kesilapan yang kerap dilakukan ibu bapa.
1. Menjadi mesin pengeluar wang versi manusia
Menguruskan segala urusan jual beli anak membuatkan anda kelihatan seperti menjadi mesin pengeluar wang versi manusia. Sepatutnya, berikan anak elaun dan ingatkan mereka untuk membuat pembayaran bagi apa-apa yang ingin mereka miliki. Sama ada untuk membeli buku dari kedai atau mendapatkan barangan permainan kegemaran, anak seharusnya bijak membuat pembayaran sendiri. Tindakan itu boleh mengurangkan mereka daripada merungut sekali gus membolehkan mereka mengasah kemahiran mengira atau matematik. Menerusi cara itu juga, anak-anak boleh belajar daripada kesilapan mereka. Dengan membuat pembayaran sendiri, anak-anak akan lebih menghargai barangan yang diperoleh atau dibeli.

2. Terlepas pandang pengajaran harian
Jangan  lepaskan peluang untuk berbincang dengan anak tentang isu-isu berkenaan  ekonomi yang ringkas dalam persekitaran berbeza setiap hari. Sewaktu  membeli-belah, ibu bapa boleh menerangkan mengapa tindakan memilih  bungkusan produk berkos lebih rendah lebih baik. Terangkan juga mengapa  menambah stok barangan dapur ketika musim jualan murah merupakan satu  tindakan yang baik. Berikan penjelasan kepada anak bahawa dengan  menjimatkan RM10 setiap minggu, jumlah yang dijimat dalam tempoh sebulan  boleh mencecah RM40 atau sekitar RM480 setahun. ANDAINYA terdapat duit  kecil, masukkan wang tersebut ke dalam bank dan tunjukkan kepada anak  bagaimana duit itu bertambah.
3. Tidak melibatkan anak dalam matlamat jangka masa panjang
Pengurusan  wang yang kukuh melibatkan dua perkara penting. Pertama, membuat  perancangan awal dan kedua, membuat pilihan. Jika anda merancang sebuah  percutian, beritahu anak tentang isu bajet yang melibatkan kos tiket  penerbangan, hiburan dan penginapan. Andainya terdapat duit kecil,  masukkan wang tersebut ke dalam bank dan tunjukkan kepada anak bagaimana  duit itu bertambah.
4. Terlepas peluang untuk memberi anak motivasi tentang tabiat menabung
Jika  ada peluang, tunjukkan kepada anak bagaimana sesuatu pelan kewangan  berfungsi dan mengapa sumbangan atau tabungan wang yang sedikit adalah  penting dalam jangka masa panjang.
5. Tidak menerangkan bagaimana kad kredit berfungsi
Seorang  pelajar firma pinjaman wang, Nellie Mae pernah menganggarkan, purata  hutang yang ditanggung oleh seseorang pelajar universiti ialah sekitar  RM5,000. Jumlah tersebut berkemungkinan besar berganda apabila mereka  tamat pengajian di menara gading. Dari situlah bermulanya satu masalah  sebenar. Anak remaja yang gagal memahami atau menguruskan hutang kad  kredit seawal usia 18 tahun, lebih cenderung berdepan dengan masalah  besar di kemudian hari. Benarkan anak berlatih menggunakan kad pra-bayar  atau kad debit terlebih dahulu. Kad-kad seperti itu menawarkan  kemudahan bagi menetapkan had tunai mingguan yang terhad. Ibu bapa juga  boleh mendapatkan status penggunaan wang itu menerusi e-mel dan  menentukan sama ada perlu atau tidak perbincangan lanjutan untuk  mendidik anak agar mereka lebih berhemah ketika berbelanja.
credits:http://malay.uptomu.net/2011/08/5-kesilapan-kewangan.html 

hahaha
ReplyDelete